Selamat datang di duniagus.blogspot.com, kritik dan saran dapat ditujukan ke agus_1052@yahoo.co.id.

05 Maret 2008

CPU itu apa yach.... ?????

CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.

Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.

Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.

Contoh-contoh seni bina CPU:

  • Intel x86
  • Zilog z80
  • IBM System/360
  • DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
  • Motorola 6800
  • SPARC keluaran Sun Microsystem
  • MIPS keluaran MIPS Computer System
  • PA-RISC keluaran HP
  • Alpha keluaran DEC
  • PowerPC keluaran AIM Alliance
  • ARM (Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
  • SuperH
  • Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
  • 1750A, komputer piawai badan tetenteraan Amerika Syarikat
  • AP-101, komputer dalam kapal angkasa lepas

Beberapa seni bina CPU yang baru muncul termasuk:

  • Intel Itanium
  • AMD x86-64

CPU yang penting dalam sejarah:

  • EDSAC, seni bina pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
  • Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan.

Seni bina CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer meja mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti telefon bimbit, PDA, dan permainan video mudah alih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.

Copy paste dari http://ms.wikipedia.org/wiki/CPU

Posting Terkait :



0 comments: